Gasing uri

Gasing uri merupakan sejenis gasing[1] yang popular di negeri Kelantan. Gasing uri mempunyai badan asas yang kecil sahaja dan dililiti dengan simpai. Gasing ini di simpai dengan menggunakan timah, besi, atau plumbum. Jika simpai diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memangkah.[2] Gasing ini kecil tetapi berat.Gasing uri mempunyai bentuk yang rendah dan agak leper dengan berat sekitar 3 kg. gasing uri mempunyai lilitan sekitar 60 cm dengan ketinggian 8 cm.